Thursday, March 10, 2011

dOsa2 meninggalkan setIap sOlat fardhu.


Orang-orang yang meninggalkan solat fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie
adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana
firman Allah s.w.t . yang bermaksud :
"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : "Kami

tidak menunaikan sembahyang".
Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis
orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan
dosa seperti berikut: 

Solat Subuh 
Barang siapa yang meninggalkan solat subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya 
ke dalam neraka selama 60 tahun. 

Solat Zohor 
Barang siapa yang meninggalkan Solat zohor dengan sengaja dosanya sama dengan
membunuh 1000 orang Islam 

Solat Asar
Barang siapa yang meninggalkan Solat Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan
seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah) 

Solat Maghrib 
Barang siapa yang meninggalkan Solat Maghrib dosanya sama seperti ia berzina
dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina
dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan. 

Solat Isya' 
Barang siapa yang meninggalkan Solat Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia
tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan 
Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah 
s.w.t. 

Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan Solat ialah :
Sabda Nabi s.a.w. :
"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan
agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa
dengan 15 perkara ..


hmm...almaklumla kita ni manusia kn, xkn lpas dari kelalaian n sifat malas. tp slagi nyawa dkandung bdn, masih blOm tlambat utk kita mmpebaikinya. sO jom kita sama2 jaga solat . :D ngeeeeee



No comments: