Friday, March 11, 2011

dOa yang mujaraB.

Dalam kehidupan kita di alam fana ni, macam2 kita nak. Xpnah cukup dgn apa yg kita ada. Dah ada yg tu nak yg ni plak.Tapi untuk mencapainya, kenalah ada usaha.xkan jatuh dari langit plak, atau tiba2 jumpa tepi jalan. Takkkk. Usaha tu penting! Lepas tu tawakal la kepada Allah. Usaha yang paling mudah adalah dengan berdOa kpd Allah s.w.t. tapi pastikah doa kita diterima? Haaa yang tu biarlah yg berKuasa shj yg tentukan. kalO dmakbulkan, Alhamdulillah, tapi kalO x, msti ada mistake tym kita b’dOa tu (xberkat la tu), sO jOm kita tinjau2 cara dOa yg mujarab.

                               








Sebelum b’dOa kita disunatkan :
* Di dalam keadaan berwuduk.
* Di dalam keadaan menutup aurat.                               
* Menghadap kiblat.                                            
* Di dalam keadan khusyuk dan tawaduk.
* Tidak tergesa-gesa.
* Dimulai dengan memuji kebesaran Allah.
* Kemudian berselawat ke atas Baginda Rasulullah S.A.W.
* Membaca doa itu dengan cara penuh harapan.
* Diakhiri dengan selawat dan salam.
* Hendaklah kita mengetahui isi dan makna doa itu.

Bacalah dOa mgunakan ayat yg kita faham. Yg di Atas jgn risau, semua jnis bhsa difahamiNya.
Selain dari itu hendaklah juga:
* makanan dan minuman cOnfirm daripada hasil yang halal
* jauhkan maksiat . senang cerita amar makruf nahi mungkar Oke!
*pakailah pakaian yg mnutup aurat.
  ( N pakaian tu hasil yg halal juga taw. Jgn plak guna jubah yg di curi. Haha.)
*  tenangkan hati dan kosongkan minda.

Selain memOhon apa yg dhajati, dOa juga mberikan byk faedah kpd kita.
 Antaranya ialah :
*Mendekatkan diri dengan Allah
* Menguatkan keimanan.
* Menenangkan hati.
* Menghilangkan putus asa.
* Merangsang untuk aktif bekerja.
* Menimbulkan kegemaran untuk beramal ibadat dan beramal soleh.
*  Murah rezeki.
* Menjadikan hati suka kepada kebaikan dan benci kepada kejahatan.
* Menghilangkan rasa ragu dan was-was di dalam hati.
* Dapat meredakan dan menghilangkan penyakit jasmani dan penyakit rohani..



Waktu-Waktu Yang Baik untuk Berdoa
* Pada malam Qadar (sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan).
* Pada hari Arafah (9 Zulhijjah di kala jemaah haji wukuf di Arafah).
* Pada bulan Ramadhan.
* Pada malam Jumaat.
* Pada hari Jumaat.
* Pada tengah malam.
* Seperdua malam yang kedua (sesudah jam 12 malam).
* Sepertiga malam yang pertama (jam 6 sampai 10 malam).
* Sepertiga malam yang terakhir (sesudah jam 2 malam).
* Pada waktu sahur (sebelum fajar).
* Sesudah berwuduk.
* Ketika orang azan untuk sembahyang.
* Antara azan dan iqamat.
* Ketika orang mengucapkan iqamat.
* Ketika berbaris (jalan bersama) menuju medan perang Sabil.
* Di dalam pertempuran di medan perang.
* Di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu.
* Pada waktu sedang sujud (dalam solat atau di luar solat).
* Ketika sedang membaca Al-Quran.
* Setelah tamat membaca Al-Quran.
* Ketika minum air zamzam.
* Pada waktu ayam jantan berkokok (pada waktu pagi).
* Pada saat berkumpulnya kaum muslimin kerana agama.
* Ketika menutupkan mata orang yang telah mati.
* Pada waktu turun hujan.
* Pada waktu tergelincir matahari pada hari Rabu.
* Waktu berjumaat, lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar sampai imam mengucapkan salam.
* Pada waktu berkumpul untuk berzikir (iaitu berkumpul untuk menyebut kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid dan bertasbih, atau berkumpul membaca dan mempelajari Al-Quran, atau berkumpul menerima pelajaran agama Islam).

mmm…walaupOn kita bdOa, xsemestinya dOa kita tu akan trus dmakbul kan, kadangkala kita di uji, atau pun ada mistake swaktu kita bdOa tu..

Sebab-Sebab Doa Tidak Diterima
Ketika Ibrahim bin Idham (seorang Sufi) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau telah dikerumuni oleh orang ramai.

Di antara mereka ada yang bertanya: kenapakah doa kami tidak dimakbulkan Allah, sedangkan kami bermohon kepada-Nya?
Jawab Ibrahim: kerana hati mereka buta disebabkan sepuluh perkara:

* Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan suruhan-Nya.
* Kamu menyangka kamu cinta kepada Rasul Allah, tetapi kamu meninggalkan sunnahnya.
* Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
* Kamu telah makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
* Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
* Kamu telah berkata Syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
* Kamu berkata Neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
* Kamu berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
* Kamu bangun daripada tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.
* Kamu kebumikan mayat-mayat kamu (sahabat-sahabatmu) tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.
hmm. . .harap2 setiap dOa kita sampai n dterima Allah lah yer. tapi kalO dOa kita xdmakbulkan, jgn bputus asa, pasti ada hikmah disebaliknya. dOa, dOa n trus bdOa. ia juga mgkin satu ujian daripada Allah kpd kita utk mnguji sjauh mana ksabaran n ketekunan kita. J

No comments: