Wednesday, January 4, 2012

Terdepan atau Terbelakang


Terdepan atau terbelakang…

    Mesti ada  yang tertanya2..apalah makna disebalik tajuk entri ni…huhu. Sebenarnya tadi aku ada exam, nak dijadikan cerita aku lambat masuk ke dewan peperiksaan. Alamatnya duduklah aku di barisan yang paling hadapan. Kalo xsilap aku, tu first time la aku duk depan masa exam.

    Takdelah beza sangat duduk depan dengan duduk belakang. Tapi kalau duduk depan, tak dapat la nak psstt2 dgn kawan…tak dapat la nak usha kiri kanan depan belakang. Terpaksa lah straight forward tengok kertas soalan tu.
Dan selepas pengalaman pertama ni, kalau boleh aku TAK NAK lagi duduk depan. Nak tau kenapa? Memang bengang la tadi…start lambat 5 minit, tapi tamat ontime plak. Tension. Tak sempat nak jawab semua soalan. Abg pengawas peperiksaan tu pula poyo gile. Aku nak jawab 3 soalan pendek je kot….tu pun xboleh nak tunggu! Jebon.

   Kalau tak pun, p la kutip paper kat blakang tu dulu, bukan nak susun kertas jawapan ikut angka giliran macam spm pun. Saja jer abg tu. Ereeeeerrrhhhh! Geram aku ! aku cakap dengan dia baik2, abg p la kutip paper belakang tu dulu, senang2 je dia jawab sudah2 la menjawab tu. Lepas tu dengan selambanya dia tarik paper aku. Kejam3.  Ishhh! Senang je dia ckp, xtau macam mana susahnya hati org yang xsempat nak jawab semua soalan. Geram yang tersangat-sangat aku ni. Ishh! Kejam punya abg pengawas!. Kesianlah sikit dengan calon peperiksaan! What will he do if he were in my shoe?

 so the moral of the story, datang la awal ke dewan peperiksaan 
agar boleh la pilih tempat duduk dengan jayanya.

2 comments:

Anonymous said...

aishhhhh...kalau saya pon bengang jugak...kesimpulan dye...jangan dok depan kan =,="

miss Jj said...

tu la pasal....