Friday, September 30, 2011

Hadiah buat adik

Di dalam sebuah mall, aku terlihat cashier mengembalikan wang kepada seorang budak lelaki yang umurnya lebih kurang 5-6 tahun, sambil berkata “sory ye dik,duit adik tak cukup untuk beli patung ni” budak lelaki tersebut lantas berjalan ke arah seorang wanita tua dan berkata, “nenek btl ke duit saya tak cukup untuk beli patung ni?” lalu si nenek pun menjawab “ kan nenek dah kata duit kamu tak cukup untuk beli patung tu sayang nenek” lalu si nenek meminta budak lelaki tersebut unntuk tunggu ditempat tersebut. Mungkin nenek tersebut hendak mengambil duit dari keretanya. Budak lelaki tersebut masih lagi memegang patung tersebut.
  Aku akhirnya berjalan kearah budak tersebut dan bertanya kepada budaknya kepada siapa patung itu hendak diberikan? Lalu budak itu menjawab “adik saya suka sangat dengan patung ni dan percaya santa Klaus akan hadiahkan patung ni kepadanya pada hari krismas nanti”. Dan aku pun menjawab, kalau begitu,mungkin nanti santa Klaus akan hadiahkan patung ni kepada adiknya, tak usah la risau, tapi budak itu mencelah dan berkata “tapi santa Klaus dah tak dapat bagi patung ni kepada adik saya. saya perlu kirim kepada ibu dan ibu yang beri kepada adik bila ibu dah pergi ke tempat adik. Mata nya kelihatan berair lalu menyambung kata2nya. “Ayah kata, adik tak tinggal dengan kami lagi, adik pergi ke tempat yang aman bersama tuhan dan ibu pula nak jumpa tuhan terlalu awal, mungkin ibu nak temankan adik kat situ, jadi ble la saya kirim patung ni kat ibu dan bagi kepada adik’. Aku tersentak.

Budak lelaki tersebut mendongak ke arah ku dan berkata “saya dah bagitau ayah,janganlah suruh ibu pergi dulu, tunggu la kita balik dulu. Saya nak tangkap gambar dengan ibu dulu supaya ibu tak lupa dengan saya dan kirim sekali patung ni kat adik. Saya sayang sangat dengan ibu dan taknak ibu pergi, tapi ayah kata ibu kena pergi sebab takde orang yang jaga adik.” Dia melihat kembali patung yang digenggam kemas dengan muka sedih. Aku lalu berkata kepada budak lelaki tersebut, “cuba kita kira sekali lagi duit adik, mungkin adik salah kira kot tadi” aku menambah duitnya senyap2. “Adik,mesti adik salah kira kan tadi, duit ni cukup la” kataku. Lalu budak itu dengan gembira berkata “ terima kasih tuhan kerna memberikan aku duit yang cukup. Selamam saya ada berdoa dan meminta tuhan agar ada duit yang cukup untuk beli patung ni, tuhan dengar doa saya. saya juga ingin meminta agar tuhan member saya duit yang cukup untuk beli bunga ros putih, ibu saya suka sangat dengan ros putih, tapi saya tak berani nak minta banyak2. Tapi akhirnya tuhan memakbulkan doa saya. terima kasih tuhan!”

Aku  kemudiannya beredar apabila nenek budak tersebut kembali, dan sambil berjalan aku teringat akan akhbar yang ku baca 2 hari yang lalu dimana seorang pemandu lori yang mabuk telah merempuh sebuah kereta yang dinaiki oleh seorang perempuan bersama anak perempuannya yang berumur 3 tahun. Anak perempuannya mati di tempat kejadian, manakala ibunya pula koma. Keluarga mangsa diberi pilihan sama ada ingin menghentikan mesin bantuan oksigen atau membiarkan sahaja kerana wanita tersebut tidak akan sedar buat selama2nya. Dan keluarga mangsa memilih untuk menghentikan mesin bantuan oksigen kerana tidak sanggup melihat keadaan mangsa. Aku sangat bersimpati dengan budak lelaki tersebutyang belum tahu apa2.

No comments: